Popular Posts

Thursday 24 February 2011

PENDAHULUAN
Bersyukur ke hadrat illahi dengan rahmatnya dapat juga saya menyiapkan blog ini dengan lancarnya walaupun terdapat sedikit kesulitan.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada imam muda di kampung saya saudara Jamal bin Ahmad kerana sudi berkongsi sedikit maklumat tentang peranan imam dan segala maklumat yang berkaitan tentang imam.Tidak lupa kepada keluarga saya yang tercinta yang turut membantu semasa menyiapkan blog ini.Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi membantu dalam memberi idea semasa saya menyiapkan blog ini.Tujuan utama esei ini ditulis adalah kerana ingin menyampaikan maklumat berkaitan dakwah. Disamping dapat membantu saudara-saudara seislam kita untuk melaksanakan ibadah kapada Allah. Kandungan esei ini meliputi tajuk berkaitan imam dalam menyampaikan dakwah seperti strategi dakwah, ciri-ciri dan sifat-sifat yang perlu ada pada imam dan juga tugas-tugas penting imam.Dengan jayanya blog ini saya berharap sangat dapat membantu meningkat institusi islam dengan mendedahkan sedikit banyak perkara berkaitan imam.Di samping saya juga berharap dengan info ini dapat meningkatkan lebih banyak imam yang berkualiti yang menjadi kebanggaan umat islam.

No comments:

Post a Comment