Popular Posts

Thursday 24 February 2011

KESIMPULAN.
Ini dapati di buat kesimpulan bahawa tugas imam adalah tugas yang mulia dan amat membanggakan dalam masyarakat islam.Hal ini kerana imam memerlukan kesabaran yang tinggi malah seseorang imam itu haruslah mempunyai pengetahuan tentang islam melebihi orang islam yang kerana imam adalah sumber rujukan utama setiap umat islam.
Seseorang imam haruslah memiliki akhlak yang perketi samada pada Allah,manusia dan makhluk lain.Adalah penting menjaga perhubungan ini.Sebagai contah berakhlak mulia dengan Allah ialah sentiasa mengutamakan Allah dalam apa jua,sesama manusia pula ialah sentiasa menjaga perasaan dan menghormati pendapat mereka.Jika hendak memberi nasihat haruslah berhikmah dengan ini seseorang imam itu dapat menjaga hubungan malah dapat melebytkan hati mereka yang hendak diberi nasihat.
Untuk menjadi imam yang berkualiti seseorang imam itu haruslah memiliki sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah.Sifat mahmudah ialah sifat mulia seperti bertanggungjawab,suka menderma,baik hati dan sebagainya, malah mazmumah ialah sifat buruk seperti tamak,pemarah,dengki dan sebagainya. Selalu mendekatkan diri dengan Allah ialah langkah terbaik untuk meningkatkan sifat mahmudah.

No comments:

Post a Comment