Popular Posts

Thursday 24 February 2011

KONSEP IMAM DAN CIRI-CIRI SEORANG IMAM.
Imam adalah seseorang yang menjadi ketua dalam melakukan solat jemaah.Selain itu,imam juga merupakan sumber rujukan utama tentang islam di sesuatu kawasan. Imam dari menurut kamus dewan bahasa dan pustaka ialah pemimpin.Dari segi istilah ialah seseorang yang mempunyai ilmu agama yang luas bagi memimpin dan merupakan sumber rujukan penting bagi seseorang muslim.
Seseorang imam haruslah mengetahui selok belok tentang agama islam. Oleh untuk menjadi seseorang imam yang sempunna tugasnya perlulah belajar tentang islam lebih mendalam. untuk menjadi seorang imam seseorang itu perlu menghayati serta memahami tugas sebagai seorang imam,dengan menghayati seseorang itu dapat menjalankan tugas imam dengan penuh ikhlas dan tawaduk.
Langkah asas menjadi imam yang bertawadduk seseorang itu perlu memahami rukun islam dengan sepenuhnya Rasullulah pernah bersabda “islam itu dibina di atas ilmu asas iaitu syahadat atau naik saksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya nabi Muhammad S.W.A itu pesuruh Allah.Keduanya ialah mendirikan sembahyang fardu lima waktu lima waktu.Ketiga ialah berpuasa di bulan Ramadhan.Keempat ialah membayar zakat dan kelima ialah menunaikan fardhu haji ke Mekah bagi yang berkemampuan.Perkara ini penting untuk membantu seseorang imam dalam penerangannya pada seseorang.
Seseorang imam perlu mengetahui konsep syahadat .Namun ia bukanlah perkara wajib hal ini kerana semakin luas dan mendalam kita mengetahui,mengerti dan memahami konsep syahadat maka semakin kuat dan teguhlah kesedaran dan keimanan untuk menunaikan tuntuntan dua kalimah syahadah,iaitu:pertama dibuktikan dengan mendirikan sembahyang lima waktu yang merupakan sebagai tiang kepada kebesaran islam.Kedua dibuktikan dengan menunaikan zakat.Ketiga dibuktikan dengan menunaikan ibadah puasa Ramadhan.Keempat dibuktikan dengan menunaikan ibadah haji bagi yang kemampuan sekali seumur hidup,dan yang akhir sekali ialah kezuhudan hidup di dunia ini dengan meninggalkan dosa-dosa besar,perbuatan-perbuatan yang mungkar yang diharam dan dilarang oleh Allah.
Selain memahami konsep syahadat seorang imam harus mengetahui syarat-syarat dua kalimah syahadat.Hal ini penting kerana imam merupakan rujukan orang ramai.Antara syarat-syarat adalah:pertama wajib mengetahui lafaz dan makna serta kandungan dua kalimah syahadat.Kedua wajib berikrar dengan lidahnya serta hendaklah mengucap dua kalimah syahadat dengan selengkapnya.Manakala yang ketiganya wajib menyakini maksudnya dan tidak mempunyai keraguan atau sangsi kebenaran dua kalimah syahadat,dan yang akhir sekali hendaklah yakin serta mengamalkan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadat dan menolak segala yang bertentangan dengan maksud yang terkandung di dalam dua kalimah syahadat tersebut.
Mengetahui lebih mendalam tentang rukun iman adalah salahsatu ciri-ciri imam yang tawaduk.Akidah ialah rukun iman atau kepercayaan.Sumbernya ialah kitab suci Al –Quran dan hadis Rasullulah S.W.A.Rasulullah S.W.A,pernah menerangkan”iman itu ialah engkau beriman kepada Allah,malaikat-malaikatNya,kitab-kitabNya serta hari akhirat dan beriman kepada takdir(yang ditentukan oleh Allah samada baik atau buruk.Iman jugak bererti percaya benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.Selain itu segala jenis amalan taat hasil dari kepercayaan dan kesenggupan itu dan juga perkara-perkara yang diimankan itu,dan sama erti apa yang dikehendaki di dalam hadis tersebut.Percaya secara muthlak kepada Allah ialah membenarkan dan mengakui adanya Allah,mempercayai sifat-sifat Allah,mempercayai dan membenarkan kekusaan Allah dan peraturan-peraturannya.Tugas imam adalah penting dalam menjadi sumber rujukan seseorang muslim,dengan mengetahui lebih mendalam tentang perkara diatas dapat mengelak dari berlakunya percanggahan pendapat.Hal ini penting bagi mengelakkan kesesatan.

No comments:

Post a Comment