Popular Posts

Thursday 24 February 2011

HURAIAN IMAM.
PERANAN ASAS SESORANG IMAM.
Seseorang imam haruslah sempurna dalam ibadahnya kerana imam yang akan mengimam dalam solat,sekiranya solat imam itu tidak sah maka terbatalah semua solat makmumnya.Imam harus belajar cara-cara melakukan solat yang sempurna.Dalam sebuah buku rukun asas solat ada menulis apabila seseorang meninggalkan solat kerana tertidur atau terlupa wajiblah dia solat apabila dia bangun atau dia ingat dan dia tidak berdosa.Solat orang yang lupa atau tidur itu bukan niat qada’tetapi niat adaan(tunai), syarat-syarat sah solat,rukun-rukun solat,perkara-perkara yang membatalkan solat,perkara-perkara yang makruh ketika solat serta perkara-perkara yang makruh ketika solat.Seseorang imam harus mengetahui tentang sunat-sunat ab’adh dan hai’at dan tentang solat jemaah. Hukum solat jemaah ialah fardhu kifayah yang lima,dan wajib bagi fardhu jumaat.pahalanya 27 kali ganda daripada solat berseorangan.Rasullulah pernah bersabda”solat seorang lelaki berserta dengan seorang lelaki yang lain lebih banyak pahalanya daripada solatnya seorang diri. Manakala jemaah yang lebih ramai maka jemaah itu adalah lebih dikasihi Allah,seseorang itu masih mendapat pahala berjemaah ,bila makmum masih dapat mengikut imam sebelum imam memberi salam.Makmum yang mengikut dari awal bersama-sama imamnya maka pahalanya lebih banyak daripada makmum yang mengikut kemudiannya.
Imam hendaklah meringkaskan solatnya kecuali makmum suka memanjangkan solatnya.Sabda Rasullulah “apabila salah seorang daripada kamu menjadi imam maka hendaklah diringkaskan solatnya kerana diantara mereka itu ada orang tua,kecil,lemah dan mempunyai berbagai hajat lain.Apabila seseorang diantara kamu solat seorang diri maka bolehlah dia memanjangkan solatnya semahu-mahunya.Tambah beliau juga seseorang makmum perlu menjaga adab ketika solat,antaranya ialah hendaklah makmum membaca takbiratul-ihram selepas imam membacanya,2. hendakla makmum mendengar bacaan imam yang dinyaringkan,3.hendaklah makmum membaca amin bersama-sama imamnya,4.hendaklah makmum rukuk sesudah imam rukuk dan menyamakan kepalanya dengan belakangnya,5.Hendaklah makmum melakukan iktidal setelah imam mengangkat kepalanya dan setelah selesai membaca “sami Allahu liman hamidah”,6.hendaklah makmum sujud setelah imam meletakkan dahinya di tempat sujud dan akhir sekali,hendaklah makmummemberi peringatan kepada imam apabila imamnya lupa ayat yang dibacanya.Apabila imam lupa perbuatan,maka makmum lelaki memberi ingat dengan bertasbih”subhanallah” dan makmum perempuan pula bertepuk tangan.Perkara ini menunjukan imam dan makmum penting ketika solat jemaah,malah saling memerlukan antara satu sama lain bagi menjadi solat jemaah tersebut sempurna dan mendapat keredhaan dari Allah. Disamping itu susunan makmum penting ketika berjemaah, Jikalau makmum hanya seorang sahaja,hendaklah dia berdiri di selah kanan imam.Kalau para jemaah itu berdiri dari sebelah saf pertama mestilah terdiri daripada makmum lelaki,saf kedua mestilah kanak-kanak dan saf ketiga makmum perempuan.Saf hendaklah lurus dan rapat.

Dalam solat berjemaah terdapat juga makmum masbuk,masbuk ertinya ialah makmum yang tidak sempat membaca Al –Fatihah berserta imamnya pada rakaat pertama.Terdapat dua keadaan makmum perlu masbuk,1.Jika dia takbir sebelum imam rukuk,hendaklah terus membaca Al-Fatihah seberapa yang dapat.Apabila imam rukuk sebelum sempat dia membaca bacaan al-Fatihahnya maka dia hendaklah rukuk mengikuti imannya.2.Jika dia datang ketika imam sedang rukuk maka hendaklah dia terus rukuk maka hendaklah dia terus rukuk serta tumakninah,maka rakaat itu dikira juga.Rasullullah pernah bersabda”apabila seseorang kamu datang bersolat sewaktu kami sujud maka hendaklah kamu sujud dan janganlah kamu hitung rakaat itu satu rakaat,dan sesiapa yang mendapat satu rukuk berserta imam maka ia telah mendapat satu rakaat”Imam muda tersebut ada berkata ciri-ciri orang yang layak menjadi imam,1.seorang yang qari,iaitu yang baik bacaannya khususnya bacaan Al-Fatihah lebih layak menjadi imam daripada seorang yang cacat atau kurang fasih bacaanya .seperti tidak membaca dengan tashdid pada kalimah iyyaka.2.seorang yang alim di dalam ilmu agamanya lebih baik daripada yang jahil.3.orang yang lebih tua lebih baik daripada orang muda.4.tuan rumah lebih baik daripada tetamu.5.orang yang disayang ramai oleh masyarakat lebih layak daripada orang yang dibenci.6.orang yang bersih pakaianya lebih baik dari orang yang kotor.7.orang yang bermukim lebih baik daripada orang yang musafir.
Seorang imam harus mengetahui tentang solat lain antaranya ialah solat jenazah.Hal ini penting jika berlaku hal tentang kematian.Imam memainkan peranan penting dalam menguruskan jenazah tersebut.Oleh itu amat untuk menjadi imam dalam solat jenazah haruslah mengetahui syarat-syarat solat jenazah;1.solat jenazah sama halnya dengan solat yang lain,iaitu wajib menutup aurat,suci daripada hadas besar dan kecil,suci badan.pakaian dan tempatnya serta menghadap kiblat.2.mayat sudah dimandikan dan dikapankan.3.letak mayat di sebelah kiblat orang yang disolatnya kalau disolatnya kalau solat dilakukan di atas kubur atau solat ghaib.Solat ghaib ialah bila ada keluarga atau sahabat yang meninggal di tempat yang jauh daripada sanak saudaranya,maka disunatkan juga kita melakukan solat ghaib atas mayat itu walaupun sudah lewat seminggu atau lebih.solat ghaib pada mayat itu adalah sah,sebagaimana solat jenazah biasa.
Seorang imam haruslah mengetahui tentang solat terawih kerana solat terawih selalu di imamkan oleh imam kampung tersebut namun tidak menjadi kesalahan jika solat terawih tersebut di imamkan oleh orang lain selain dari imam kampung. solat sunat terawih ialah solat malam yang dikerjakan pada bulan Ramadhan.solat ini hukumnya sunat muakkad,boleh dikerjakan secara bersendirian atau berjemaah.Solat terawih ini dilakukan sesudah solat isyak hingga waktu fajar.Bilangan rakaatnya yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.W.A. ialah lapan rakaat manakala Umar bin Khattab mengerjakan sampai dua puluh rakaat.
Selain itu antara peranan asas imam ialah mengetahui dengan sempurna tentang solat sunat hari raya aidilfitri dan aidil adha.Solat hari raya ada dua,iaitu Hari Raya Fitrah pada satu syawal dan Hari Raya Adha pada 10 zulhijjah.Waktu solat ini dimulai dari terbit matahari sampai tergelincirnya.Kedua solat hari raya tersebut,hukumnya sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan,bermukin atau musafir.Perkara-perkara yang dilakukan sebelum solat hari raya;pada hari raya disunatkan mandi dan berhias dengan memakai pakaian yang sebaik-baiknya dan bau-bauan yang diharuskan,disunatkan makan sebelum pergi solat Hari Raya Aidil Fifri tetapi pada Hari Raya Haji disunatkan makan setelah selesai solat,pergi untuk mengerjakan solat dan setelah pulang dari solat hendaklah menggunakan jalan yang berlainan dan membaca takbir.Nabi S.W.A bersabda”daripada Ummi’Athiyah katanya:”kami diperintahkan pergi solat hari raya,bahkan anak-anak gadis keluar dari pinggitannya.Juga perempuan-perempuan yang sedang haid tetapi mereka hanya berdiri sahaja di belakang orang ramai dan turut tadbir dan berdoa bersama-sama dan mereka mengharapkan beroleh keberkatan dan kesucian hari itu.

No comments:

Post a Comment