TAJUK:CIRI-CIRI DAN PERANAN IMAM MUDA DI KG LUAR.
DISEDIAKAN UNTUK:USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU151.
DISEDIKAN OLEH:NOR SHABILLAH BT RAMLY
NO MATRIK:2010234768
KUMPULAN:ASD2Fn
PROGRAM:DIPLOMA SAINS GUNAAN
TARIKH HANTAR:23 FEBUARI 2011
IMAM MUDA MUTIARA ISLAM
Popular Posts
-
RUJUKAN. • Ustazah Fatimah binti Daud. .Cetakan ketiga januari 2008. Nota pendidikan islam tingkatan 4. Jejakjaya dua enterprise . Amanjay...
-
HURAIAN IMAM. PERANAN ASAS SESORANG IMAM. Seseorang imam haruslah sempurna dalam ibadahnya kerana imam yang akan mengimam dalam solat,sek...
-
KONSEP IMAM DAN CIRI-CIRI SEORANG IMAM. Imam adalah seseorang yang menjadi ketua dalam melakukan solat jemaah.Selain itu,imam juga merupaka...
-
ABSTRAK IMAM IALAH ORANG PENTING YANG MENJADI SUMBER RUJUKAN UTAMA DAN MERUPAKAN PEMIMPIN TANG MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM I...
-
KESIMPULAN. Ini dapati di buat kesimpulan bahawa tugas imam adalah tugas yang mulia dan amat membanggakan dalam masyarakat islam.Hal ...
-
PENDAHULUAN Bersyukur ke hadrat illahi dengan rahmatnya dapat juga saya menyiapkan blog ini dengan lancarnya walaupun terdapat sedikit kesu...
-
ISI KANDUNGAN 1.Isi kandungan 2.Abstrak 3.Pendahuluan 4.Pengertian imam 5.Ciri-ciri seseorang imam 6.Peranan imam 7.Penutup 8.Bibli...
-
TAJUK:CIRI-CIRI DAN PERANAN IMAM MUDA DI KG LUAR. DISEDIAKAN UNTUK:USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN PE...
Thursday, 24 February 2011
ABSTRAK
IMAM IALAH ORANG PENTING YANG MENJADI SUMBER RUJUKAN UTAMA DAN MERUPAKAN PEMIMPIN TANG MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM ISLAM.IMAM JUGA MERUPAKAN ORANG YANG DISANJUNG OLEH SEMUA UMAT ISLAM,HAL INI KERANA IMAM MERUPAKAN SESEORANG BERAKHLAK MULIA MALAH MENJADI IDOLA SETIAP UMAT ISLAM.OLEH ITU AMAT PENTING BAGI SETIAP IMAM MENJAGA TINGKAHLAKU MEREKA KERANA SETIAP PERBUATAN AKAN MENJADI IKUTAN SETIAP UMAT ISLAM.MALAH IMAM TELAH WUJUD PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W,HAL INI KERANA TUGAS IMAM INI MULA WUJUT PADA ZAMAN RASULULLAH LAGI DAN SEMAKIN BERKEMBANG SEHINGGA SEKARANG.PADA ZAMAN YANG SEMAKIN MAJU INI IMAM JUGA MERUPA SALAHSATU PEKERJAAN YANG DIBERI GAJI.SAMBIL BERBAKTI PADA ISLAM MALAH DAPAT MENJADI TEMPAT MENCARI NAFKAH YANG HALAL.IMAM JUGA MEMAINKAN PERANAN KETIKA SOLAT BERJEMAAH KERANA IMAM YANG AKAN MEMIMPIN MAKMUM UNTUK SOLAT JEMAAH.ITU SALAHSATU PERANAN ASAS IMAM,SELAIN ITU IMAM JUGA MEMAINKAN PERANAN KETIKA BERLAKUNYA KEMATIAN SELAIN MENJADI IMAM DALAM SOLAT JENAZAH,IMAM JUGA YANG AKAN MEMBACAKAN TALKIM KEPADA JENAZAH.SELAIN MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM IBADAH IMAM JUGA BERPERANAN DALAM CERAMAH ATAU MENYEBARKAN DAKWAH SEBAGAI CONTOH IMAM MEMAINKAN PERANAN DALAM MEMBERI KHUTUBAH SAMA ADA DALAM SOLAT JUMAAT ATAU DALAM SOLAT SUNAT AIDILFITRI.MALAH CERAMAH UMUM TENTANG ISLAM KEPADA UMAT ISLAM.SEPERTI YANG KITA KETAHUI TUGAS IMAM BUKAN MUDAH SEPERTI YANG KITA SANGKAKAN IA MEMERLUKAN SEPENUH KESABARAN YANG TINGGI.IMAM JUGA PERLU MEMASTIKAN SETIAP MUSLIM DI KAWASANNYA TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM,JIKA TERDAPAT MASALAH TERSEBUT SEGERALAH MEMBERI NASIHAT YANG BERSESUAIN,JIKA SATU MASALAH BERLAKU SEPERTI MASALAH KHALWAT DI KALAGAN REMAJA DI KAWASANNYA SEGERALAH MENGAMBIL TINDAKAN DAN JIKA TIDAK IMAM TERSEBUT TURUT MENDAPAT BALASAN BURUK .

PENDAHULUAN
Bersyukur ke hadrat illahi dengan rahmatnya dapat juga saya menyiapkan blog ini dengan lancarnya walaupun terdapat sedikit kesulitan.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada imam muda di kampung saya saudara Jamal bin Ahmad kerana sudi berkongsi sedikit maklumat tentang peranan imam dan segala maklumat yang berkaitan tentang imam.Tidak lupa kepada keluarga saya yang tercinta yang turut membantu semasa menyiapkan blog ini.Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi membantu dalam memberi idea semasa saya menyiapkan blog ini.Tujuan utama esei ini ditulis adalah kerana ingin menyampaikan maklumat berkaitan dakwah. Disamping dapat membantu saudara-saudara seislam kita untuk melaksanakan ibadah kapada Allah. Kandungan esei ini meliputi tajuk berkaitan imam dalam menyampaikan dakwah seperti strategi dakwah, ciri-ciri dan sifat-sifat yang perlu ada pada imam dan juga tugas-tugas penting imam.Dengan jayanya blog ini saya berharap sangat dapat membantu meningkat institusi islam dengan mendedahkan sedikit banyak perkara berkaitan imam.Di samping saya juga berharap dengan info ini dapat meningkatkan lebih banyak imam yang berkualiti yang menjadi kebanggaan umat islam.

KONSEP IMAM DAN CIRI-CIRI SEORANG IMAM.
Imam adalah seseorang yang menjadi ketua dalam melakukan solat jemaah.Selain itu,imam juga merupakan sumber rujukan utama tentang islam di sesuatu kawasan. Imam dari menurut kamus dewan bahasa dan pustaka ialah pemimpin.Dari segi istilah ialah seseorang yang mempunyai ilmu agama yang luas bagi memimpin dan merupakan sumber rujukan penting bagi seseorang muslim.
Seseorang imam haruslah mengetahui selok belok tentang agama islam. Oleh untuk menjadi seseorang imam yang sempunna tugasnya perlulah belajar tentang islam lebih mendalam. untuk menjadi seorang imam seseorang itu perlu menghayati serta memahami tugas sebagai seorang imam,dengan menghayati seseorang itu dapat menjalankan tugas imam dengan penuh ikhlas dan tawaduk.
Langkah asas menjadi imam yang bertawadduk seseorang itu perlu memahami rukun islam dengan sepenuhnya Rasullulah pernah bersabda “islam itu dibina di atas ilmu asas iaitu syahadat atau naik saksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya nabi Muhammad S.W.A itu pesuruh Allah.Keduanya ialah mendirikan sembahyang fardu lima waktu lima waktu.Ketiga ialah berpuasa di bulan Ramadhan.Keempat ialah membayar zakat dan kelima ialah menunaikan fardhu haji ke Mekah bagi yang berkemampuan.Perkara ini penting untuk membantu seseorang imam dalam penerangannya pada seseorang.
Seseorang imam perlu mengetahui konsep syahadat .Namun ia bukanlah perkara wajib hal ini kerana semakin luas dan mendalam kita mengetahui,mengerti dan memahami konsep syahadat maka semakin kuat dan teguhlah kesedaran dan keimanan untuk menunaikan tuntuntan dua kalimah syahadah,iaitu:pertama dibuktikan dengan mendirikan sembahyang lima waktu yang merupakan sebagai tiang kepada kebesaran islam.Kedua dibuktikan dengan menunaikan zakat.Ketiga dibuktikan dengan menunaikan ibadah puasa Ramadhan.Keempat dibuktikan dengan menunaikan ibadah haji bagi yang kemampuan sekali seumur hidup,dan yang akhir sekali ialah kezuhudan hidup di dunia ini dengan meninggalkan dosa-dosa besar,perbuatan-perbuatan yang mungkar yang diharam dan dilarang oleh Allah.
Selain memahami konsep syahadat seorang imam harus mengetahui syarat-syarat dua kalimah syahadat.Hal ini penting kerana imam merupakan rujukan orang ramai.Antara syarat-syarat adalah:pertama wajib mengetahui lafaz dan makna serta kandungan dua kalimah syahadat.Kedua wajib berikrar dengan lidahnya serta hendaklah mengucap dua kalimah syahadat dengan selengkapnya.Manakala yang ketiganya wajib menyakini maksudnya dan tidak mempunyai keraguan atau sangsi kebenaran dua kalimah syahadat,dan yang akhir sekali hendaklah yakin serta mengamalkan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadat dan menolak segala yang bertentangan dengan maksud yang terkandung di dalam dua kalimah syahadat tersebut.
Mengetahui lebih mendalam tentang rukun iman adalah salahsatu ciri-ciri imam yang tawaduk.Akidah ialah rukun iman atau kepercayaan.Sumbernya ialah kitab suci Al –Quran dan hadis Rasullulah S.W.A.Rasulullah S.W.A,pernah menerangkan”iman itu ialah engkau beriman kepada Allah,malaikat-malaikatNya,kitab-kitabNya serta hari akhirat dan beriman kepada takdir(yang ditentukan oleh Allah samada baik atau buruk.Iman jugak bererti percaya benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.Selain itu segala jenis amalan taat hasil dari kepercayaan dan kesenggupan itu dan juga perkara-perkara yang diimankan itu,dan sama erti apa yang dikehendaki di dalam hadis tersebut.Percaya secara muthlak kepada Allah ialah membenarkan dan mengakui adanya Allah,mempercayai sifat-sifat Allah,mempercayai dan membenarkan kekusaan Allah dan peraturan-peraturannya.Tugas imam adalah penting dalam menjadi sumber rujukan seseorang muslim,dengan mengetahui lebih mendalam tentang perkara diatas dapat mengelak dari berlakunya percanggahan pendapat.Hal ini penting bagi mengelakkan kesesatan.

HURAIAN IMAM.
PERANAN ASAS SESORANG IMAM.
Seseorang imam haruslah sempurna dalam ibadahnya kerana imam yang akan mengimam dalam solat,sekiranya solat imam itu tidak sah maka terbatalah semua solat makmumnya.Imam harus belajar cara-cara melakukan solat yang sempurna.Dalam sebuah buku rukun asas solat ada menulis apabila seseorang meninggalkan solat kerana tertidur atau terlupa wajiblah dia solat apabila dia bangun atau dia ingat dan dia tidak berdosa.Solat orang yang lupa atau tidur itu bukan niat qada’tetapi niat adaan(tunai), syarat-syarat sah solat,rukun-rukun solat,perkara-perkara yang membatalkan solat,perkara-perkara yang makruh ketika solat serta perkara-perkara yang makruh ketika solat.Seseorang imam harus mengetahui tentang sunat-sunat ab’adh dan hai’at dan tentang solat jemaah. Hukum solat jemaah ialah fardhu kifayah yang lima,dan wajib bagi fardhu jumaat.pahalanya 27 kali ganda daripada solat berseorangan.Rasullulah pernah bersabda”solat seorang lelaki berserta dengan seorang lelaki yang lain lebih banyak pahalanya daripada solatnya seorang diri. Manakala jemaah yang lebih ramai maka jemaah itu adalah lebih dikasihi Allah,seseorang itu masih mendapat pahala berjemaah ,bila makmum masih dapat mengikut imam sebelum imam memberi salam.Makmum yang mengikut dari awal bersama-sama imamnya maka pahalanya lebih banyak daripada makmum yang mengikut kemudiannya.
Imam hendaklah meringkaskan solatnya kecuali makmum suka memanjangkan solatnya.Sabda Rasullulah “apabila salah seorang daripada kamu menjadi imam maka hendaklah diringkaskan solatnya kerana diantara mereka itu ada orang tua,kecil,lemah dan mempunyai berbagai hajat lain.Apabila seseorang diantara kamu solat seorang diri maka bolehlah dia memanjangkan solatnya semahu-mahunya.Tambah beliau juga seseorang makmum perlu menjaga adab ketika solat,antaranya ialah hendaklah makmum membaca takbiratul-ihram selepas imam membacanya,2. hendakla makmum mendengar bacaan imam yang dinyaringkan,3.hendaklah makmum membaca amin bersama-sama imamnya,4.hendaklah makmum rukuk sesudah imam rukuk dan menyamakan kepalanya dengan belakangnya,5.Hendaklah makmum melakukan iktidal setelah imam mengangkat kepalanya dan setelah selesai membaca “sami Allahu liman hamidah”,6.hendaklah makmum sujud setelah imam meletakkan dahinya di tempat sujud dan akhir sekali,hendaklah makmummemberi peringatan kepada imam apabila imamnya lupa ayat yang dibacanya.Apabila imam lupa perbuatan,maka makmum lelaki memberi ingat dengan bertasbih”subhanallah” dan makmum perempuan pula bertepuk tangan.Perkara ini menunjukan imam dan makmum penting ketika solat jemaah,malah saling memerlukan antara satu sama lain bagi menjadi solat jemaah tersebut sempurna dan mendapat keredhaan dari Allah. Disamping itu susunan makmum penting ketika berjemaah, Jikalau makmum hanya seorang sahaja,hendaklah dia berdiri di selah kanan imam.Kalau para jemaah itu berdiri dari sebelah saf pertama mestilah terdiri daripada makmum lelaki,saf kedua mestilah kanak-kanak dan saf ketiga makmum perempuan.Saf hendaklah lurus dan rapat.
Dalam solat berjemaah terdapat juga makmum masbuk,masbuk ertinya ialah makmum yang tidak sempat membaca Al –Fatihah berserta imamnya pada rakaat pertama.Terdapat dua keadaan makmum perlu masbuk,1.Jika dia takbir sebelum imam rukuk,hendaklah terus membaca Al-Fatihah seberapa yang dapat.Apabila imam rukuk sebelum sempat dia membaca bacaan al-Fatihahnya maka dia hendaklah rukuk mengikuti imannya.2.Jika dia datang ketika imam sedang rukuk maka hendaklah dia terus rukuk maka hendaklah dia terus rukuk serta tumakninah,maka rakaat itu dikira juga.Rasullullah pernah bersabda”apabila seseorang kamu datang bersolat sewaktu kami sujud maka hendaklah kamu sujud dan janganlah kamu hitung rakaat itu satu rakaat,dan sesiapa yang mendapat satu rukuk berserta imam maka ia telah mendapat satu rakaat”Imam muda tersebut ada berkata ciri-ciri orang yang layak menjadi imam,1.seorang yang qari,iaitu yang baik bacaannya khususnya bacaan Al-Fatihah lebih layak menjadi imam daripada seorang yang cacat atau kurang fasih bacaanya .seperti tidak membaca dengan tashdid pada kalimah iyyaka.2.seorang yang alim di dalam ilmu agamanya lebih baik daripada yang jahil.3.orang yang lebih tua lebih baik daripada orang muda.4.tuan rumah lebih baik daripada tetamu.5.orang yang disayang ramai oleh masyarakat lebih layak daripada orang yang dibenci.6.orang yang bersih pakaianya lebih baik dari orang yang kotor.7.orang yang bermukim lebih baik daripada orang yang musafir.
Seorang imam harus mengetahui tentang solat lain antaranya ialah solat jenazah.Hal ini penting jika berlaku hal tentang kematian.Imam memainkan peranan penting dalam menguruskan jenazah tersebut.Oleh itu amat untuk menjadi imam dalam solat jenazah haruslah mengetahui syarat-syarat solat jenazah;1.solat jenazah sama halnya dengan solat yang lain,iaitu wajib menutup aurat,suci daripada hadas besar dan kecil,suci badan.pakaian dan tempatnya serta menghadap kiblat.2.mayat sudah dimandikan dan dikapankan.3.letak mayat di sebelah kiblat orang yang disolatnya kalau disolatnya kalau solat dilakukan di atas kubur atau solat ghaib.Solat ghaib ialah bila ada keluarga atau sahabat yang meninggal di tempat yang jauh daripada sanak saudaranya,maka disunatkan juga kita melakukan solat ghaib atas mayat itu walaupun sudah lewat seminggu atau lebih.solat ghaib pada mayat itu adalah sah,sebagaimana solat jenazah biasa.
Seorang imam haruslah mengetahui tentang solat terawih kerana solat terawih selalu di imamkan oleh imam kampung tersebut namun tidak menjadi kesalahan jika solat terawih tersebut di imamkan oleh orang lain selain dari imam kampung. solat sunat terawih ialah solat malam yang dikerjakan pada bulan Ramadhan.solat ini hukumnya sunat muakkad,boleh dikerjakan secara bersendirian atau berjemaah.Solat terawih ini dilakukan sesudah solat isyak hingga waktu fajar.Bilangan rakaatnya yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.W.A. ialah lapan rakaat manakala Umar bin Khattab mengerjakan sampai dua puluh rakaat.
Selain itu antara peranan asas imam ialah mengetahui dengan sempurna tentang solat sunat hari raya aidilfitri dan aidil adha.Solat hari raya ada dua,iaitu Hari Raya Fitrah pada satu syawal dan Hari Raya Adha pada 10 zulhijjah.Waktu solat ini dimulai dari terbit matahari sampai tergelincirnya.Kedua solat hari raya tersebut,hukumnya sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan,bermukin atau musafir.Perkara-perkara yang dilakukan sebelum solat hari raya;pada hari raya disunatkan mandi dan berhias dengan memakai pakaian yang sebaik-baiknya dan bau-bauan yang diharuskan,disunatkan makan sebelum pergi solat Hari Raya Aidil Fifri tetapi pada Hari Raya Haji disunatkan makan setelah selesai solat,pergi untuk mengerjakan solat dan setelah pulang dari solat hendaklah menggunakan jalan yang berlainan dan membaca takbir.Nabi S.W.A bersabda”daripada Ummi’Athiyah katanya:”kami diperintahkan pergi solat hari raya,bahkan anak-anak gadis keluar dari pinggitannya.Juga perempuan-perempuan yang sedang haid tetapi mereka hanya berdiri sahaja di belakang orang ramai dan turut tadbir dan berdoa bersama-sama dan mereka mengharapkan beroleh keberkatan dan kesucian hari itu.

KESIMPULAN.
Ini dapati di buat kesimpulan bahawa tugas imam adalah tugas yang mulia dan amat membanggakan dalam masyarakat islam.Hal ini kerana imam memerlukan kesabaran yang tinggi malah seseorang imam itu haruslah mempunyai pengetahuan tentang islam melebihi orang islam yang kerana imam adalah sumber rujukan utama setiap umat islam.
Seseorang imam haruslah memiliki akhlak yang perketi samada pada Allah,manusia dan makhluk lain.Adalah penting menjaga perhubungan ini.Sebagai contah berakhlak mulia dengan Allah ialah sentiasa mengutamakan Allah dalam apa jua,sesama manusia pula ialah sentiasa menjaga perasaan dan menghormati pendapat mereka.Jika hendak memberi nasihat haruslah berhikmah dengan ini seseorang imam itu dapat menjaga hubungan malah dapat melebytkan hati mereka yang hendak diberi nasihat.
Untuk menjadi imam yang berkualiti seseorang imam itu haruslah memiliki sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah.Sifat mahmudah ialah sifat mulia seperti bertanggungjawab,suka menderma,baik hati dan sebagainya, malah mazmumah ialah sifat buruk seperti tamak,pemarah,dengki dan sebagainya. Selalu mendekatkan diri dengan Allah ialah langkah terbaik untuk meningkatkan sifat mahmudah.

Subscribe to:
Posts (Atom)